Author: rohayaroy

Bila sebut tentang emas, ramai orang akan terus terfikir perkara yang sama. “Ini untuk orang kaya…” “Tak mampu nak mula…” “Emas mahal…” Ayat-ayat ini kedengaran biasa, malah mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita sendiri. Tanpa sedar, kepercayaan ini perlahan-lahan menjadi penghalang untuk kita bermula.  Hakikatnya, emas bukan untuk orang kaya.  Emas adalah untuk sesiapa sahaja yang mahu hidup dengan kewangan yang lebih stabil dan tenang. Saya teringat satu kisah seorang client saya, Puan Aina. Seorang suri rumah sepenuh masa, dengan kehidupan yang sangat sederhana. Suaminya bekerja biasa, cukup untuk menampung keperluan harian, tetapi tidak banyak ruang untuk simpanan besar. Seperti…

Read More

Kalau kita sembang tentang emas, mesti akan ada satu perkara yang sama berulang-ulang.  Bukan fakta, tetapi anggapan.  Dan menariknya, kebanyakan anggapan ini bukan datang daripada pengalaman sebenar —tetapi daripada “dengar orang cakap”. “Emas mahal…” “Emas tak bagi untung…” “Emas lambat naik…” Bunyi macam biasa, kan?  Tapi di sinilah masalah sebenar bermula. Ramai orang menolak emas bukan kerana mereka faham, tetapi kerana mereka tersalah faham.  Dan tanpa sedar, salah faham ini sebenarnya menyebabkan mereka terlepas satu perkara penting — peluang untuk melindungi nilai simpanan mereka sendiri. Mitos #1: “Emas Mahal, Tak Mampu Nak Mula” Ini antara kepercayaan paling biasa.  Bila sebut…

Read More

“Selamatkah simpan emas di rumah?” Soalan ini nampak mudah, tetapi jawapannya tidak semudah yang kita sangka. Ramai orang berasa lebih tenang apabila emas berada di depan mata—boleh disentuh, boleh dilihat, dan boleh diakses bila-bila masa. Namun, dalam rasa selamat itu, tersembunyi juga beberapa risiko yang jarang dibincangkan secara terbuka. Jadi, patut atau tidak kita simpan emas di rumah? Dalam artikel ini, kita akan kupas kelebihan dan kekurangannya supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak. Kelebihan Simpan Emas di Rumah 1. Akses Segera Bila-Bila Masa Salah satu kelebihan terbesar menyimpan emas di rumah ialah kemudahan akses. Dalam situasi kecemasan, emas…

Read More

Pernah tak anda rasa, dulu RM100 rasa macam boleh beli macam-macam, tapi sekarang, eh, sekejap je dah habis? Kalau ya, anda sedang berhadapan dengan fenomena ekonomi yang paling ‘rajin’ makan duit kita: Inflasi. Jangan risau, inflasi bukan hantu. Ia adalah perkara biasa yang berlaku, tetapi kita perlu tahu bagaimana nak lawan dia. Jawapannya? Kebanyakan pakar kewangan akan tunjuk ke arah satu aset yang berkilauan: Emas. Jom kita kupas inflasi dan kenapa emas adalah ‘superhero’ kewangan kita. Apa itu inflasi? Lupakan istilah ekonomi yang berat-berat. Inflasi, dalam bahasa paling santai, bermaksud nilai kuasa beli duit kita sedang mengecil. Bayangkan senario ini:…

Read More

Ramai orang masih melihat emas sebagai perhiasan semata-mata. Ia dipakai ketika majlis kenduri, hari raya atau acara istimewa sebagai simbol kecantikan dan kemewahan. Namun begitu, di sebalik kilauan emas itu, sebenarnya tersembunyi satu fungsi yang jauh lebih besar. Hakikatnya, emas bukan sekadar untuk dipakai. Emas ialah satu bentuk simpanan yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu untuk menyimpan nilai kekayaan. Dalam keadaan ekonomi hari ini yang semakin mencabar, semakin ramai mula sedar bahawa menyimpan emas adalah satu langkah bijak untuk melindungi nilai duit daripada susut. Persoalannya, kenapa emas begitu istimewa berbanding simpanan biasa? Apa Itu Emas Pelaburan? Emas pelaburan merujuk…

Read More

Nak semak harga emas Public Gold? Sebenarnya sangat mudah.   Hanya pergi ke laman web Public Gold di www.publicgold.com.my .  Di situ anda boleh terus lihat harga emas terkini yang dikemaskini secara live. Tapi… bila dah buka website tu, ramai yang mula keliru.  Sebab ada banyak jenis harga yang dipaparkan. Jadi persoalannya, yang mana satu sebenarnya kita perlu tengok? Jangan risau. Jom saya terangkan satu persatu supaya lepas ni, anda tak lagi keliru bila nak semak harga emas. 1. Gold Accumulation Program (GAP) Ini adalah harga semasa untuk akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Harga akan dikemaskini setiap hari…

Read More

Ramai orang bila nak beli emas, mereka hanya fokus pada satu perkara iaitu  “Berapa harga emas hari ini?”. Tetapi sebenarnya, ada satu perkara yang lebih penting yang ramai terlepas pandang, iaitu  spread emas. Saya pernah jumpa seseorang yang beli emas dengan penuh yakin. Bila ditanya, “Kalau jual balik sekarang, dapat berapa?” Dia tak pasti. Di sinilah bermulanya kesedaran bahawa dalam dunia simpanan emas, kita bukan hanya perlu tahu harga beli, tetapi juga harga jual balik. Apa Itu Spread Emas Public Gold? Spread emas merujuk kepada perbezaan antara harga jual (PG Sell) dan harga beli balik (PG Buy). Apabila kita membeli…

Read More

Ramai yang baru mula simpan emas akan tanya: “Kenapa beli emas ada caj gold premium (premium emas)?” Sebenarnya, caj premium ialah kos yang terlibat untuk menghasilkan produk emas atau perak fizikal yang kita beli. Caj ini merangkumi proses seperti: Penempaan emas menjadi gold bar atau dinar Pembungkusan produk Pengurusan tempahan Proses keselamatan dan penyimpanan Logistik Ringkasnya,  caj premium ialah kos menghasilkan produk emas fizikal, bukan harga emas semata-mata. Harga emas yang kita lihat setiap hari di laman web Public Gold sebenarnya ialah harga emas dunia secara real time. Harga itu belum termasuk kos menghasilkan produk akhir. Contoh mudah untuk faham…

Read More

Saya masih ingat, masa mula-mula kenal tentang emas, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah: “Mahalnya! Mana nak cari duit untuk beli emas?” Dalam kepala saya waktu itu, emas hanya untuk orang kaya. Orang biasa macam saya ni, nak beli sekadar barang dapur pun berkira-kira. Tapi semuanya berubah bila saya tersedar satu perkara: emas bukan tentang mampu atau tidak, tapi tentang tabiat dan matlamat. Seorang mentor pernah beritahu saya — kalau kita boleh menyimpan RM100, kita juga boleh menyimpan emas. Mungkin bukan 1 kg sekaligus, tapi 1 gram sebulan pun dah cukup untuk mula bina tabiat kewangan yang sihat. …

Read More

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita boleh capai hanya dengan sekeping demi sekeping 5 dinar emas? Saya nak kongsikan satu kisah yang mungkin nampak biasa — tapi kalau kita fahami, ia boleh jadi titik mula perubahan kewangan dalam hidup kita. Saya masih ingat kali pertama saya pegang sekeping 5 Dinar Emas. Beratnya cuma 21.25 gram, kecil saja di tapak tangan. Tapi nilai dan potensi yang dibawanya luar biasa besar. Bila saya faham bagaimana 5 Dinar  ini boleh membantu menyelesaikan pelbagai matlamat kewangan, saya mula nampak arah yang lebih jelas dalam menyimpan emas. Bayangkan, hanya dengan kumpul 4 keping 5…

Read More