Author: rohayaroy

Dalam dunia pelaburan hari ini, makin ramai individu dan ejen yang berlumba-lumba menjual produk kewangan dan pelaburan, termasuk emas. Tapi sebagai pengguna dan penyimpan emas yang bijak, kita perlu lebih berhati-hati. Kalau ada mana-mana ejen — tak kiralah ejen pelaburan, ejen emas, atau wakil syarikat terkenal sekalipun — yang menyarankan anda untuk gunakan 100% duit gaji untuk membeli atau melabur, tolong berhenti sejenak dan fikir semula. Walaupun produk itu adalah emas. Walaupun ia datang daripada syarikat sebaik Public Gold. Prinsip kewangan tetap perlu dijaga. Prinsipnya: Pelaburan Hanya Dengan Duit Lebihan Pelaburan, termasuk simpanan emas, hanya patut dilakukan menggunakan duit…

Read More

Salah satu kesilapan paling biasa bila orang baru mula simpan emas adalah terlalu sibuk memerhati harga.  Setiap hari buka aplikasi, refresh harga. Bila harga naik, rasa seronok sebab nilai simpanan emas telah meningkat. Bila harga turun, terus rasa cuak sebab merasakan nilai simpanan emas telah jatuh.  Sampai satu tahap, simpan emas dah tak jadi sesuatu yang menyeronokkan.  Ia bertukar jadi tekanan.  Saya selalu pesan kepada penyimpan emas saya supaya simpan emas dengan tenang. Jangan jadi hamba harga. Naik Turun Harga Emas Itu Normal Harga emas akan sentiasa turun naik — itu lumrah pasaran dunia. Tiada siapa boleh ramalkan dengan tepat…

Read More

Selain gold bar, Public Gold juga menawarkan dinar emas sebagai salah satu pilihan emas fizikal untuk simpanan dan perlindungan nilai. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding gold bar, dinar tetap mempunyai nilai yang sama kerana ketulenannya yang tinggi. Apa Itu Dinar Public Gold? Dinar Public Gold ialah emas fizikal berbentuk bulat dengan ketulenan 999.9, bermaksud 99.99% kandungannya adalah emas tulen. Dari sudut nilai, dinar tidak berbeza dengan gold bar kerana harga emas tetap dikira berdasarkan berat emas semasa, bukan bentuknya. Dinar sering dikaitkan dengan sejarah sebagai mata wang emas sejak zaman dahulu, menjadikannya bukan sahaja bernilai dari sudut kewangan, malah mempunyai…

Read More

Di Public Gold, gold bar menjadi antara produk utama yang dipilih oleh penyimpan emas kerana ketulenan, kepelbagaian saiz dan kemudahan simpanan. Apa Itu Gold Bar Public Gold? Gold bar Public Gold ialah emas fizikal berbentuk segi empat tepat yang mempunyai ketulenan 999.9, iaitu 99.99% kandungan logamnya adalah emas tulen. Ketulenan ini menjadikan gold bar Public Gold sesuai untuk tujuan simpanan nilai, pelaburan jangka panjang dan pewarisan harta. Setiap gold bar dihasilkan mengikut piawaian yang ketat dan disertakan dengan ciri keselamatan tertentu bagi memastikan ketulenan dan keasliannya. Pilihan Berat Gold Bar Public Gold Salah satu kelebihan utama gold bar Public Gold…

Read More

Public Gold menawarkan dua jenis emas pelaburan fizikal iaitu gold bar dan dinar, kedua-duanya mempunyai ketulenan 999.9, yang bermaksud 99.99% kandungan logamnya adalah emas tulen. Ketulenan ini menjadikan emas Public Gold sesuai untuk tujuan simpanan, pelaburan jangka panjang dan juga pewarisan harta. Jenis Pertama: Gold Bar Gold bar Public Gold hadir dalam pelbagai pilihan berat bermula serendah 0.5 gram sehingga 12.5 kilogram. Kepelbagaian saiz ini memberi fleksibiliti kepada penyimpan emas untuk memilih mengikut kemampuan dan matlamat kewangan masing-masing. Gold bar berbentuk segi empat tepat dan kebiasaannya dibungkus dengan rapi bersama sijil ketulenan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan…

Read More

Akaun Emas GAP atau Gold Accumulation Program ialah satu cara mudah dan fleksibel untuk membeli dan menyimpan emas secara sedikit demi sedikit — bermula serendah RM100 sahaja! Semua urusan boleh dilakukan secara online. Bagaimana GAP Berfungsi? Konsep GAP ini sama seperti akaun bank, tapi bezanya: Akaun bank: simpan duit Akaun emas GAP: simpan gram emas Contohnya: Jika anda beli emas bernilai RM481 hari ini, akaun GAP anda akan bertambah lebih kurang 1 gram (bergantung pada harga emas semasa). Siapa Sesuai Guna GAP? GAP sangat sesuai untuk: ✅ Mereka yang ada bajet kecil: RM100 – RM1000 ✅ Tak mahu komitmen bulanan…

Read More

Easy Payment Purchase (EPP) adalah kaedah dimana anda beli emas fizikal dengan 6 atau 10 kali bayaran. Kaedah ini sangat sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan. Cara EPP ini, anda beli emas tapi bayar secara ansuran. Anda perlu bayar mengikut jadual yang telah ditetapkan (boleh pilih 6 atau 10 bulan bayaran). Contoh di gambar bawah adalah beli emas 1 Dinar (berat 4.25gram) dengan 10 kali bayaran. ✅️ Bulan pertama : Anda perlu bayar RM247 ✅️ Bulan kedua dan seterus nya : Anda perlu bayar RM208 Setelah anda selesai bayaran emas selama 10 bulan, Public Gold akan hantar emas anda…

Read More

Ramai orang beranggapan simpan emas hanya sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi. Hakikatnya, emas adalah simpanan yang paling sesuai untuk orang bergaji kecil, kerana ia boleh dimulakan dengan jumlah yang rendah dan disimpan secara konsisten. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, simpan emas bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. 1. Emas Melindungi Nilai Wang Daripada Inflasi Inflasi menyebabkan kuasa beli wang semakin merosot. Apa yang boleh dibeli dengan RM100 hari ini tidak akan sama nilainya 5 atau 10 tahun akan datang. Namun emas bertindak sebagai pelindung nilai kerana harganya meningkat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup. Sebagai contoh, harga…

Read More

Outright Purchase adalah kaedah pembelian emas secara bayaran penuh. Sebenarnya ia adalah kaedah paling mudah seperti mana pembelian yang biasa kita buat. Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet besar dan berkeinginan untuk mendapatkan emas fizikal secara terus. Kaedah ini cukup mudah — anda hanya perlu membuat bayaran penuh berdasarkan harga emas semasa, yang dikemaskini setiap 20 minit. Misalnya harga emas semasa untuk 1 dinar adalah RM2,100. Anda mempunyai bajet sebanyak itu dan ingin membeli terus emas 1 dinar. Maka anda akan membuat pembelian secara bayaran penuh dan emas tersebut akan dipos terus ke rumah anda. Nota Penting…

Read More

Kaedah menyimpan emas ini sangat mudah.  Ia bergantung kepada bajet yang ada pada setiap individu.  Sebagai contoh, ada orang yang mempunyai bajet RM100 setiap bulan.  Dan ada orang lain pula mempunyai bajet RM500 setiap bulan.  Peniaga pula ada yang mempunyai tunai RM100 ribu di tangan. Oleh itu, strategi menyimpan emas adalah berbeza mengikut bajet masing-masing. Di Public Gold,  ada 3 cara untuk membeli emas. 1.  Bayaran Secara Penuh (Outright Purchase) Katakan harga emas Public Gold semasa  untuk 10gm adalah  RM4800. Dengan cara ini, anda beli dan bayar penuh RM4800, anda akan dapat 10gram emas  dan emas ini akan diposkan ke…

Read More