Author: rohayaroy

Nak semak harga emas Public Gold? Sebenarnya sangat mudah.   Hanya pergi ke laman web Public Gold di www.publicgold.com.my .  Di situ anda boleh terus lihat harga emas terkini yang dikemaskini secara live. Tapi… bila dah buka website tu, ramai yang mula keliru.  Sebab ada banyak jenis harga yang dipaparkan. Jadi persoalannya, yang mana satu sebenarnya kita perlu tengok? Jangan risau. Jom saya terangkan satu persatu supaya lepas ni, anda tak lagi keliru bila nak semak harga emas. 1. Gold Accumulation Program (GAP) Ini adalah harga semasa untuk akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Harga akan dikemaskini setiap hari…

Read More

Ramai orang bila nak beli emas, mereka hanya fokus pada satu perkara iaitu  “Berapa harga emas hari ini?”. Tetapi sebenarnya, ada satu perkara yang lebih penting yang ramai terlepas pandang, iaitu  spread emas. Saya pernah jumpa seseorang yang beli emas dengan penuh yakin. Bila ditanya, “Kalau jual balik sekarang, dapat berapa?” Dia tak pasti. Di sinilah bermulanya kesedaran bahawa dalam dunia simpanan emas, kita bukan hanya perlu tahu harga beli, tetapi juga harga jual balik. Apa Itu Spread Emas Public Gold? Spread emas merujuk kepada perbezaan antara harga jual (PG Sell) dan harga beli balik (PG Buy). Apabila kita membeli…

Read More

Ramai yang baru mula simpan emas akan tanya: “Kenapa beli emas ada caj gold premium (premium emas)?” Sebenarnya, caj premium ialah kos yang terlibat untuk menghasilkan produk emas atau perak fizikal yang kita beli. Caj ini merangkumi proses seperti: Penempaan emas menjadi gold bar atau dinar Pembungkusan produk Pengurusan tempahan Proses keselamatan dan penyimpanan Logistik Ringkasnya,  caj premium ialah kos menghasilkan produk emas fizikal, bukan harga emas semata-mata. Harga emas yang kita lihat setiap hari di laman web Public Gold sebenarnya ialah harga emas dunia secara real time. Harga itu belum termasuk kos menghasilkan produk akhir. Contoh mudah untuk faham…

Read More

Saya masih ingat, masa mula-mula kenal tentang emas, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah: “Mahalnya! Mana nak cari duit untuk beli emas?” Dalam kepala saya waktu itu, emas hanya untuk orang kaya. Orang biasa macam saya ni, nak beli sekadar barang dapur pun berkira-kira. Tapi semuanya berubah bila saya tersedar satu perkara: emas bukan tentang mampu atau tidak, tapi tentang tabiat dan matlamat. Seorang mentor pernah beritahu saya — kalau kita boleh menyimpan RM100, kita juga boleh menyimpan emas. Mungkin bukan 1 kg sekaligus, tapi 1 gram sebulan pun dah cukup untuk mula bina tabiat kewangan yang sihat. …

Read More

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita boleh capai hanya dengan sekeping demi sekeping 5 dinar emas? Saya nak kongsikan satu kisah yang mungkin nampak biasa — tapi kalau kita fahami, ia boleh jadi titik mula perubahan kewangan dalam hidup kita. Saya masih ingat kali pertama saya pegang sekeping 5 Dinar Emas. Beratnya cuma 21.25 gram, kecil saja di tapak tangan. Tapi nilai dan potensi yang dibawanya luar biasa besar. Bila saya faham bagaimana 5 Dinar  ini boleh membantu menyelesaikan pelbagai matlamat kewangan, saya mula nampak arah yang lebih jelas dalam menyimpan emas. Bayangkan, hanya dengan kumpul 4 keping 5…

Read More

Dalam dunia pelaburan hari ini, makin ramai individu dan ejen yang berlumba-lumba menjual produk kewangan dan pelaburan, termasuk emas. Tapi sebagai pengguna dan penyimpan emas yang bijak, kita perlu lebih berhati-hati. Kalau ada mana-mana ejen — tak kiralah ejen pelaburan, ejen emas, atau wakil syarikat terkenal sekalipun — yang menyarankan anda untuk gunakan 100% duit gaji untuk membeli atau melabur, tolong berhenti sejenak dan fikir semula. Walaupun produk itu adalah emas. Walaupun ia datang daripada syarikat sebaik Public Gold. Prinsip kewangan tetap perlu dijaga. Prinsipnya: Pelaburan Hanya Dengan Duit Lebihan Pelaburan, termasuk simpanan emas, hanya patut dilakukan menggunakan duit…

Read More

Salah satu kesilapan paling biasa bila orang baru mula simpan emas adalah terlalu sibuk memerhati harga.  Setiap hari buka aplikasi, refresh harga. Bila harga naik, rasa seronok sebab nilai simpanan emas telah meningkat. Bila harga turun, terus rasa cuak sebab merasakan nilai simpanan emas telah jatuh.  Sampai satu tahap, simpan emas dah tak jadi sesuatu yang menyeronokkan.  Ia bertukar jadi tekanan.  Saya selalu pesan kepada penyimpan emas saya supaya simpan emas dengan tenang. Jangan jadi hamba harga. Naik Turun Harga Emas Itu Normal Harga emas akan sentiasa turun naik — itu lumrah pasaran dunia. Tiada siapa boleh ramalkan dengan tepat…

Read More

Selain gold bar, Public Gold juga menawarkan dinar emas sebagai salah satu pilihan emas fizikal untuk simpanan dan perlindungan nilai. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding gold bar, dinar tetap mempunyai nilai yang sama kerana ketulenannya yang tinggi. Apa Itu Dinar Public Gold? Dinar Public Gold ialah emas fizikal berbentuk bulat dengan ketulenan 999.9, bermaksud 99.99% kandungannya adalah emas tulen. Dari sudut nilai, dinar tidak berbeza dengan gold bar kerana harga emas tetap dikira berdasarkan berat emas semasa, bukan bentuknya. Dinar sering dikaitkan dengan sejarah sebagai mata wang emas sejak zaman dahulu, menjadikannya bukan sahaja bernilai dari sudut kewangan, malah mempunyai…

Read More

Di Public Gold, gold bar menjadi antara produk utama yang dipilih oleh penyimpan emas kerana ketulenan, kepelbagaian saiz dan kemudahan simpanan. Apa Itu Gold Bar Public Gold? Gold bar Public Gold ialah emas fizikal berbentuk segi empat tepat yang mempunyai ketulenan 999.9, iaitu 99.99% kandungan logamnya adalah emas tulen. Ketulenan ini menjadikan gold bar Public Gold sesuai untuk tujuan simpanan nilai, pelaburan jangka panjang dan pewarisan harta. Setiap gold bar dihasilkan mengikut piawaian yang ketat dan disertakan dengan ciri keselamatan tertentu bagi memastikan ketulenan dan keasliannya. Pilihan Berat Gold Bar Public Gold Salah satu kelebihan utama gold bar Public Gold…

Read More

Public Gold menawarkan dua jenis emas pelaburan fizikal iaitu gold bar dan dinar, kedua-duanya mempunyai ketulenan 999.9, yang bermaksud 99.99% kandungan logamnya adalah emas tulen. Ketulenan ini menjadikan emas Public Gold sesuai untuk tujuan simpanan, pelaburan jangka panjang dan juga pewarisan harta. Jenis Pertama: Gold Bar Gold bar Public Gold hadir dalam pelbagai pilihan berat bermula serendah 0.5 gram sehingga 12.5 kilogram. Kepelbagaian saiz ini memberi fleksibiliti kepada penyimpan emas untuk memilih mengikut kemampuan dan matlamat kewangan masing-masing. Gold bar berbentuk segi empat tepat dan kebiasaannya dibungkus dengan rapi bersama sijil ketulenan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan…

Read More