Author: rohayaroy

Akaun Emas GAP atau Gold Accumulation Program ialah satu cara mudah dan fleksibel untuk membeli dan menyimpan emas secara sedikit demi sedikit — bermula serendah RM100 sahaja! Semua urusan boleh dilakukan secara online. Bagaimana GAP Berfungsi? Konsep GAP ini sama seperti akaun bank, tapi bezanya: Akaun bank: simpan duit Akaun emas GAP: simpan gram emas Contohnya: Jika anda beli emas bernilai RM481 hari ini, akaun GAP anda akan bertambah lebih kurang 1 gram (bergantung pada harga emas semasa). Siapa Sesuai Guna GAP? GAP sangat sesuai untuk: ✅ Mereka yang ada bajet kecil: RM100 – RM1000 ✅ Tak mahu komitmen bulanan…

Read More

Easy Payment Purchase (EPP) adalah kaedah dimana anda beli emas fizikal dengan 6 atau 10 kali bayaran. Kaedah ini sangat sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan. Cara EPP ini, anda beli emas tapi bayar secara ansuran. Anda perlu bayar mengikut jadual yang telah ditetapkan (boleh pilih 6 atau 10 bulan bayaran). Contoh di gambar bawah adalah beli emas 1 Dinar (berat 4.25gram) dengan 10 kali bayaran. ✅️ Bulan pertama : Anda perlu bayar RM247 ✅️ Bulan kedua dan seterus nya : Anda perlu bayar RM208 Setelah anda selesai bayaran emas selama 10 bulan, Public Gold akan hantar emas anda…

Read More

Ramai orang beranggapan simpan emas hanya sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi. Hakikatnya, emas adalah simpanan yang paling sesuai untuk orang bergaji kecil, kerana ia boleh dimulakan dengan jumlah yang rendah dan disimpan secara konsisten. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, simpan emas bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. 1. Emas Melindungi Nilai Wang Daripada Inflasi Inflasi menyebabkan kuasa beli wang semakin merosot. Apa yang boleh dibeli dengan RM100 hari ini tidak akan sama nilainya 5 atau 10 tahun akan datang. Namun emas bertindak sebagai pelindung nilai kerana harganya meningkat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup. Sebagai contoh, harga…

Read More

Outright Purchase adalah kaedah pembelian emas secara bayaran penuh. Sebenarnya ia adalah kaedah paling mudah seperti mana pembelian yang biasa kita buat. Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet besar dan berkeinginan untuk mendapatkan emas fizikal secara terus. Kaedah ini cukup mudah — anda hanya perlu membuat bayaran penuh berdasarkan harga emas semasa, yang dikemaskini setiap 20 minit. Misalnya harga emas semasa untuk 1 dinar adalah RM2,100. Anda mempunyai bajet sebanyak itu dan ingin membeli terus emas 1 dinar. Maka anda akan membuat pembelian secara bayaran penuh dan emas tersebut akan dipos terus ke rumah anda. Nota Penting…

Read More

Kaedah menyimpan emas ini sangat mudah.  Ia bergantung kepada bajet yang ada pada setiap individu.  Sebagai contoh, ada orang yang mempunyai bajet RM100 setiap bulan.  Dan ada orang lain pula mempunyai bajet RM500 setiap bulan.  Peniaga pula ada yang mempunyai tunai RM100 ribu di tangan. Oleh itu, strategi menyimpan emas adalah berbeza mengikut bajet masing-masing. Di Public Gold,  ada 3 cara untuk membeli emas. 1.  Bayaran Secara Penuh (Outright Purchase) Katakan harga emas Public Gold semasa  untuk 10gm adalah  RM4800. Dengan cara ini, anda beli dan bayar penuh RM4800, anda akan dapat 10gram emas  dan emas ini akan diposkan ke…

Read More

Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Louis Ng. Public Gold telah mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia. Public Gold juga menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas yang merangkumi perlombongan dan penapisan emas. Public Gold terus melakar sejarah dengan mercu tanda baharu, Menara Public Gold pada tahun 2022. Lima maklumat asas mengenai Public Gold : Mempunyai reputasi yang baik sejak ditubuhkan pada tahun 2008; Amanie Advisor adalah panel syariah Public Gold dan juga panel syariah Bank Negara Malaysia; Pos Malaysia merupakan salah sebuah syarikat gergasi negara dan telah memilih untuk bekerjasama dengan Public Gold;…

Read More

Emas merupakan aset yang bernilai tinggi, namun masih ramai yang belum tahu bahawa menyimpan emas kini sangat mudah dan mampu dimiliki. Tidak kira siapa anda, dengen bajet RM100 pun dah boleh mula simpan emas Public Gold. Berikut adalah 4 langkah mudah yang perlu anda lengkapkan untuk mula menyimpan emas Public Gold: LANGKAH 1: Pendaftaran Akaun Public Gold Daftar akaun Public Gold anda secara PERCUMA dengan klik butang pendaftaran di bawah. DAFTAR AKAUN DEWASA (18 TAHUN & KE ATAS) DAFTAR AKAUN JUNIOR ( BAWAH 18 TAHUN) Isikan borang yang disediakan dengan lengkap. Nota Penting: 1) Isikan nama penuh di medan “Full…

Read More

Ini adalah kisah tentang satu keping syiling emas. Namanya 1 Dinar. Beratnya sekitar 4.25 gram emas tulen. Mungkin kecil pada pandangan mata, tapi nilainya sangat besar — bukan sahaja dari segi harga, tetapi dari segi kuasa beli yang luar biasa. Apa yang menarik tentang 1 Dinar ini ialah kuasa nilainya tidak berubah sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Pada zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar digunakan sebagai mata wang. Dan dengan 1 Dinar ketika itu, seseorang mampu membeli seekor kambing. Menariknya, sehingga ke hari ini — selepas lebih satu milenium berlalu, dengan segala inflasi dan kejatuhan nilai mata wang kertas —…

Read More

Soalan ini antara yang paling kerap saya terima. Ramai yang tertanya-tanya, “Kak Roy, bila waktu paling sesuai nak mula beli emas? Waktu harga turun ke? Waktu harga murah ke?” Jawapan saya selalu sama — bukan ketika harga murah, tetapi waktu kita ada duit. Sebabnya mudah. Harga murah itu selalunya hanyalah satu sejarah. Sebagai contoh, pada tahun 2020 harga 1 gram emas hanyalah sekitar RM215. Kalau kita bandingkan dengan harga sekarang, memang rasa murah sangat. Tapi pada tahun 2020, harga itu tetap dianggap mahal oleh ramai orang. Ramai juga masa tu tunggu harga turun lagi. Akhirnya? Harga tak turun, malah makin…

Read More