Close Menu
    What's Hot

    Cara Semak Harga Emas Public Gold

    20 March 2026

    Spread Emas Public Gold: Cara Kira & Kenapa Spread Rendah Sangat Penting

    19 March 2026

    Memahami Caj Premium Public Gold

    9 March 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram
    • Klik sini untuk daftar akaun Public Gold
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Public Gold by RohayaRoy
    • Laman Utama
    • Cara Bermula
      • Cara Mula Simpan Emas
      • Kenali Public Gold
    • Cara Beli Emas
      • Apa itu Outright Purchase (OP)?
      • Apa itu Easy Payment Purchase (EPP)?
      • Apa Itu Akaun Emas GAP?
    • Produk Emas
      • Gold Bar Public Gold
      • Dinar Public Gold
    • Panduan
    • Artikel

      Emas Bukan Tentang Mampu Atau Tidak, Tapi Tentang Tabiat dan Matlamat

      6 March 2026

      Kisah 5 Dinar: Emas yang Mampu Mengubah Hidup Kita

      4 March 2026

      Jangan Labur 100% Gaji Anda

      3 March 2026

      Simpan Emas Dengan Tenang

      2 March 2026

      Kenapa Semua Orang Perlu Simpan Emas Walaupun Gaji Kecil

      1 March 2026
    Public Gold by RohayaRoy
    Home » Memahami Caj Premium Public Gold
    Panduan

    Memahami Caj Premium Public Gold

    rohayaroyBy rohayaroy9 March 2026Updated:18 March 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Email Telegram WhatsApp Copy Link
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Ramai yang baru mula simpan emas akan tanya:
    “Kenapa beli emas ada caj gold premium (premium emas)?”

    Sebenarnya, caj premium ialah kos yang terlibat untuk menghasilkan produk emas atau perak fizikal yang kita beli.

    Caj ini merangkumi proses seperti:

      • Penempaan emas menjadi gold bar atau dinar
      • Pembungkusan produk
      • Pengurusan tempahan
      • Proses keselamatan dan penyimpanan
      • Logistik

    Ringkasnya,  caj premium ialah kos menghasilkan produk emas fizikal, bukan harga emas semata-mata.

    Harga emas yang kita lihat setiap hari di laman web Public Gold sebenarnya ialah harga emas dunia secara real time. Harga itu belum termasuk kos menghasilkan produk akhir.

    Contoh mudah untuk faham konsep caj premium ialah seperti biji kopi dan kopi di kafe. Harga biji kopi mentah sebenarnya tidak mahal, tetapi apabila biji kopi itu diproses menjadi secawan kopi di kafe, harganya boleh jadi RM10 hingga RM15. Ini kerana ada kos tambahan seperti proses memanggang biji kopi, penggunaan mesin kopi, kemahiran barista, cawan, serta kos operasi kedai.

    Begitulah juga dengan emas. Harga emas dunia ialah harga bahan mentah, manakala caj premium ialah kos untuk memproses emas tersebut menjadi produk emas fizikal seperti gold bar atau dinar yang siap untuk dimiliki oleh pembeli.

    Cara Jimat Caj Premium

    Saya ingin kongsikan cara bagaimana anda dapat menjimatkan caj premium ini, terutamanya apabila anda membuat pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP. Caj premium dikira berdasarkan bilangan keping item, bukan mengikut berat per gram.  Jadi untuk jimat, anda perlu memilih item yang lebih yang lebih besar untuk kos premium per gram yang lebih rendah.

    Contohnya , anda hendak mengeluarkan emas dari akaun GAP sebanyak 5 gram sahaja Anda ada pilihan samada mengeluarkan 5 keping gold bar 1 gram atau 1 keping gold bar 5 gram.

    Berikut adalah caj premium untuk kedua-dua pilihan tadi.

    Gold bar 1 gram
    Caj Premium: RM15 sekeping
    Jika keluarkan 5 keping 1 gram, caj premium adalah RM15 × 5 keping iaitu RM75
    Gold bar 5 gram
    Caj Premium: RM15 sekeping
    Jika keluarkan 1 keping 5 gram, caj premium adalah RM15 sahaja

    Di sini kita dapat lihat, penjimatan caj premium sebanyak RM60 jika kita mengeluarkan item yang lebih besar iaitu 5 gram sekeping berbanding mengeluarkan item kecil 1g sebanyak 5 keping.

    Sebab itu ramai gold saver yang berpengalaman akan:
    ➡ kumpul gram dalam akaun dahulu
    ➡ kemudian keluarkan item yang lebih besar

    Ini lebih menjimatkan.

    Adakah Caj Premium Itu Caj Penghantaran / Pos?

    Bukan. Caj premium bukan caj penghantaran seperti poslaju.

    Di Public Gold, caj penghantaran dikenali sebagai caj GIT (Gold In Transit).

    Anda akan dikenakan caj GIT yang berasingan untuk penghantaran emas terus ke alamat anda. Setiap penghantaran GIT terhad kepada 21.25 gram emas sahaja dan ianya dilindungi insurans 100%. Untuk berat melebihi 21.25g, anda dikehendaki membuat temujanji dan mengambil emas di cawangan terdekat.

    Jika Ambil Sendiri Di Cawangan, Masih Ada Caj Premium?

    Ya, caj premium tetap ada.  Ini kerana caj premium bukan caj penghantaran, tetapi keseluruhan kos menghasilkan produk emas fizikal.

    Untuk makluman, kebanyakan stok emas disimpan di Public Safe, Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Cawangan Public Gold hanyalah pusat penyerahan untuk memudahkan pelanggan mengambil emas.  Stok yang ada di cawangan biasanya terhad, mengikut keperluan jualan di lokasi tersebut.

    Kesimpulan

    Caj premium bukan caj tambahan yang tidak munasabah.
    Ia sebenarnya kos menghasilkan emas fizikal yang selamat, tulen dan berkualiti  dan  emas ini  kita boleh pegang, simpan dan fungsikan mengikut matlamat kewangan kita.

    Sebagai gold saver, kita hanya perlu faham strategi ini :
    ✅ Kumpul gram dahulu dalam akaun emas GAP
    ✅ Keluarkan item yang lebih besar
    ✅ Jimat caj premium

    Bila faham konsep ini, kita akan lebih bijak mengurus simpanan emas.

    Share. Facebook Email Telegram WhatsApp Copy Link

    Related Posts

    Cara Semak Harga Emas Public Gold

    20 March 2026

    Spread Emas Public Gold: Cara Kira & Kenapa Spread Rendah Sangat Penting

    19 March 2026

    Apa Itu Akaun Emas GAP?

    1 March 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Terkini

    Cara Semak Harga Emas Public Gold

    20 March 2026

    Spread Emas Public Gold: Cara Kira & Kenapa Spread Rendah Sangat Penting

    19 March 2026

    Memahami Caj Premium Public Gold

    9 March 2026

    Emas Bukan Tentang Mampu Atau Tidak, Tapi Tentang Tabiat dan Matlamat

    6 March 2026

    Kisah 5 Dinar: Emas yang Mampu Mengubah Hidup Kita

    4 March 2026
    Ikuti Saya di Media Sosial
    • TikTok

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
    • Laman Utama
    © 2026 Penafian: Laman web ini dimiliki oleh dealer rasmi Public Gold dan bukan laman rasmi Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.