Nak semak harga emas Public Gold? Sebenarnya sangat mudah. Hanya pergi ke laman web Public Gold di www.publicgold.com.my . Di situ anda boleh terus lihat harga emas terkini yang dikemaskini secara live.
Tapi… bila dah buka website tu, ramai yang mula keliru. Sebab ada banyak jenis harga yang dipaparkan.
Jadi persoalannya, yang mana satu sebenarnya kita perlu tengok? Jangan risau.
Jom saya terangkan satu persatu supaya lepas ni, anda tak lagi keliru bila nak semak harga emas.

1. Gold Accumulation Program (GAP)
Ini adalah harga semasa untuk akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.
Harga akan dikemaskini setiap hari pada jam 12 tengah malam.
Anda boleh mula membeli emas serendah RM100 atau dalam kuantiti gram tertentu.
Contohnya, jika anda ingin membeli 1 gram emas, harga yang perlu dibayar ialah RM665 (mengikut harga semasa).
2. Gold Bar dan Dinar
Ini pula harga untuk gold bar dan dinar Public Gold.
Harga ini akan berubah setiap 20 minit berdasarkan pergerakan harga emas dunia. Jika harga emas dunia naik, harga ini juga akan meningkat — dan jika turun, harganya akan ikut turun.
Yang paling penting, kita tengok & faham harga PG Sell dan harga PG Buy.
PG Sell tu maksudnya harga Public Gold jual emas kepada kita. Kalau kita nak beli emas, inilah harga yang kita kena tengok. Sebagai contoh kalau kita nak beli goldbar 10 gram, maka harga yang perlu kita bayar adalah RM6,677 (belum termasuk caj Gold Premium).
PG Buy pula maksudnya harga Public Gold beli balik emas daripada kita. Kalau satu hari nanti kita nak jual balik emas tu, ini harga rujukannya. Sebagai contoh kita nak jual semula goldbar 10 gram yang kita beli tadi. PG akan beli balik dengan harga RM6,076.
Kalau kita beli emas untuk simpanan jangka panjang, fokus je pada harga PG Sell. Senang kan?
3. Harga Barang Kemas
Ini adalah harga untuk barang kemas berketulenan 999
4. Non-PG Gold Buyback (PG Buy)
Ini adalah harga belian untuk barang kemas emas 999 atau 916 dari jenama lain (bukan Public Gold).
Kalau anda ada emas 916 (seperti gelang, cincin atau rantai) dan ingin jual kepada Public Gold, mereka akan beli mengikut harga ini untuk setiap gram. Harga ini berubah ikut harga pasaran emas semasa.
Jadi, kalau nak jual, pastikan semak dulu harga terkini ya!
5. Small Bar / Wafer
Ini pula harga untuk goldbar dan dinar bersaiz kecil, seperti:
🔸 0.5 gram, 1 gram, 5 gram
🔸 1/4 dinar & 1/2 dinar
Harga untuk emas saiz kecil ini adalah tetap (fixed) dan tidak berubah.
💡 Nak jimat? Untuk pembelian 1 gram emas, lebih berbaloi guna akaun emas GAP!
Sebagai contoh:
👉 Goldbar 1 gram = RM715
👉 Akaun GAP 1 gram = RM665
Jimat RM50! Jadi kalau simpan untuk long-term, GAP memang pilihan bijak.
6. Silver Accumulation Program (SAP)
Ini adalah harga semasa untuk akaun perak SAP (Silver Accumulation Program).
Sama seperti akaun emas GAP, harga SAP akan dikemas kini setiap hari pada jam 12 tengah malam.
Anda boleh mula simpan perak dengan:
🔹 Serendah RM100, atau
🔹 Terus beli mengikut jumlah gram (contohnya 100 gram dan ke atas)
Contoh:
Kalau anda beli RM100 perak hari ini, anda akan dapat 8.5251 gram yang akan dimasukkan ke dalam akaun SAP anda.
7. Harga Silver Bar
Ini adalah harga bagi silver bar keluaran Public Gold. Terdapat dua jenis harga yang dipaparkan: PG Sell dan PG Buy. Jika anda ingin membeli silver bar, anda perlu membayar mengikut harga PG Sell. Manakala jika anda ingin menjual semula silver bar kepada Public Gold, mereka akan membelinya berdasarkan harga PG Buy.
8. Harga Dirham
Ini pula adalah harga bagi 5 dan 10 dirham. Dan harga ini adalah tetap dan tidak berubah. Kalau nak jimat, boleh beli melalui akaun silver SAP dan keluarkan dalam bentuk dirham.
9. Non PG Silver buyback
Ini adalah harga belian untuk perak jenama lain (bukan Public Gold).
