Ramai orang bila nak beli emas, mereka hanya fokus pada satu perkara iaitu “Berapa harga emas hari ini?”.
Tetapi sebenarnya, ada satu perkara yang lebih penting yang ramai terlepas pandang, iaitu spread emas.
Saya pernah jumpa seseorang yang beli emas dengan penuh yakin.
Bila ditanya, “Kalau jual balik sekarang, dapat berapa?”
Dia tak pasti.
Di sinilah bermulanya kesedaran bahawa dalam dunia simpanan emas, kita bukan hanya perlu tahu harga beli, tetapi juga harga jual balik.
Apa Itu Spread Emas Public Gold?
Spread emas merujuk kepada perbezaan antara harga jual (PG Sell) dan harga beli balik (PG Buy).
Apabila kita membeli emas daripada Public Gold:
- Kita membeli pada harga PG Sell.
- Kita menjual semula pada harga PG Buy.
Perbezaan antara dua harga ini dipanggil spread.
Yang menariknya, Public Gold memaparkan kedua-dua harga ini secara telus dan dikemaskini 24 jam melalui website Public Gold dan aplikasi mereka. Ini bermaksud:
✔ tiada harga tersembunyi
✔ tiada manipulasi
✔ pelanggan tahu nilai sebenar emas mereka sejak awal
Kenapa Spread Rendah Sangat Penting?
Dalam simpanan emas, satu prinsip mudah:
👉 Semakin rendah spread, semakin cepat kita capai keuntungan
Kenapa?
Sebab bila spread kecil, jurang antara harga beli dan harga jual balik tidak besar.
Ini bermaksud:
- harga emas tidak perlu naik terlalu tinggi untuk capai break even
- simpanan emas lebih efisien
- risiko kerugian jangka pendek lebih rendah
Sebab itulah gold saver yang berpengalaman sangat menitikberatkan spread sebelum membeli emas.
Cara Kira Spread Emas Public Gold
Untuk memahami spread dengan lebih jelas, kita boleh gunakan formula ini:
SPREAD = ((PG Sell – PG Buy) / PG Sell) × 100%
Mari kita lihat contoh sebenar berdasarkan kepada harga pada 18 Mac 2026 supaya lebih mudah faham.

| Gold Bar 10 gram | Gold Bar 1000 gram (1 Kilogram) |
| PG Sell: RM6,844 PG Buy: RM6,228Spread = ((RM6,844 – M6,228) / RM6,844) × 100% Spread = 9% |
PG Sell: RM673,115 PG Buy: RM632,728Spread = ((RM673,115 – RM632,728) / RM673,115) × 100% Spread = 6% |
Apa Yang Kita Boleh Faham Dari Contoh Ini?
Daripada contoh di atas, kita boleh nampak satu perkara penting:
👉 Semakin besar berat emas, semakin rendah spread
Ini bermaksud:
- gold bar kecil → spread lebih tinggi
- gold bar besar → spread lebih rendah
Sebab itu ramai gold saver akan naikkan simpanan mereka secara berperingkat, dari kecil ke besar. Mereka juga mengumpul sedikit demi sedikit gram emas dalam akaun GAP dan kemudian fizikalkan gold bar besar.
Spread Emas Public Gold Secara Keseluruhan
Secara umum, spread emas Public Gold adalah sekitar 6% hingga 9% sahaja. Ini menjadikan Public Gold antara pilihan utama bagi mereka yang serius dalam simpanan emas.
Berbanding di pasaran:
- emas perhiasan: boleh cecah 20% – 40%
- sesetengah gold bar lain: sekitar 10% – 15%
Perbezaan ini memberi kesan besar kepada pulangan jangka panjang.
Kisah Ringkas: Spread Mempengaruhi Keuntungan
Bayangkan dua orang sahabat, Ali dan Ahmad.
Ali beli emas dengan spread 25%. Ahmad pula beli emas dengan spread 6%.
Selepas menyimpan emas tersebut beberapa bulan, harga emas naik 10%.
Ali masih belum mencapai harga beli. Tetapi Ahmad hampir mencapai break even.
Walaupun mereka membeli emas pada hari yang sama, hasilnya berbeza hanya kerana perbezaan spread.
Kenapa Spread Public Gold Telus?
Salah satu kelebihan Public Gold ialah ketelusan harga. Setiap hari, pelanggan boleh melihat harga PG Sell dan harga PG Buy secara real-time di laman web Public Gold atau aplikasi Public Gold.
Ini memberi keyakinan kepada pembeli kerana mereka tahu berapa harga beli dan berapa harga boleh jual balik tanpa sebarang kejutan di kemudian hari.
Kesimpulan
Sebelum membeli emas, jangan hanya lihat harga semasa. Ambil tahu dan fahami spread emas tersebut. Semakin rendah spread:
✔ semakin cepat capai harga beli
✔ semakin mudah jual balik
✔ semakin efisien sebagai simpanan jangka panjang
Sebab itu, dalam memilih syarikat emas, satu kriteria penting ialah pilih syarikat yang menawarkan spread rendah dan telus. Dan itulah antara kelebihan utama emas Public Gold.
