Salah satu kesilapan paling biasa bila orang baru mula simpan emas adalah terlalu sibuk memerhati harga. Setiap hari buka aplikasi, refresh harga. Bila harga naik, rasa seronok sebab nilai simpanan emas telah meningkat.
Bila harga turun, terus rasa cuak sebab merasakan nilai simpanan emas telah jatuh. Sampai satu tahap, simpan emas dah tak jadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia bertukar jadi tekanan.
Saya selalu pesan kepada penyimpan emas saya supaya simpan emas dengan tenang. Jangan jadi hamba harga.
Naik Turun Harga Emas Itu Normal
Harga emas akan sentiasa turun naik — itu lumrah pasaran dunia. Tiada siapa boleh ramalkan dengan tepat bila harga paling rendah atau paling tinggi. Jadi kalau kita menunggu-nunggu masa paling ‘sempurna’ untuk beli, besar kemungkinan kita takkan beli langsung.
Apa yang penting adalah:
Kita mula.
Kita konsisten.
Kita fokus kumpul gram, bukan harga.
Bila Perlu Tengok Harga?
Sebenarnya kita cuma perlu semak harga dalam dua keadaan sahaja:
- Bila nak beli emas lagi.
- Bila nak jual emas yang disimpan.
Selain itu, biarkan saja harga bergerak seperti biasa. Kita simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk stres jangka pendek.
Bayangkan kalau kita beli emas hari ini, dan kita rancang untuk simpan 5 -10 tahun, adakah harga hari esok penting? Tidak. Yang lebih penting, nilai emas akan kekal dan melindungi kuasa beli wang kita dalam jangka masa panjang.
Fokus Pada GRAM, Bukan Harga
Bila harga turun, sebenarnya itu peluang untuk kita kumpul lebih gram. Sama seperti bila ada jualan murah di pasar raya — kalau barang keperluan tengah diskaun, kita akan beli lebih kan?
Begitu juga emas. Makin banyak gram kita kumpul, makin besar perlindungan kewangan kita di masa depan.
Mulakan Tabungan Emas Anda Hari Ini
Kalau anda nak mula simpan emas secara mudah dan selamat, saya syorkan Akaun GAP (Gold Accumulation Program) dari Public Gold. Modal serendah RM100 sahaja untuk mula. Tak perlu risau tentang bentuk fizikal — boleh kumpul gram sedikit demi sedikit.
Saya sedia bimbing anda dari langkah pertama. Klik butang pendaftaran di bawah untuk mula daftar akaun dan seterusnya memulakan simpanan emas.
Ingat ya… Emas untuk ketenangan, bukan tekanan. Jangan jadi hamba harga.
