Outright Purchase adalah kaedah pembelian emas secara bayaran penuh. Sebenarnya ia adalah kaedah paling mudah seperti mana pembelian yang biasa kita buat. Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet besar dan berkeinginan untuk mendapatkan emas fizikal secara terus.
Kaedah ini cukup mudah — anda hanya perlu membuat bayaran penuh berdasarkan harga emas semasa, yang dikemaskini setiap 20 minit.
Misalnya harga emas semasa untuk 1 dinar adalah RM2,100. Anda mempunyai bajet sebanyak itu dan ingin membeli terus emas 1 dinar. Maka anda akan membuat pembelian secara bayaran penuh dan emas tersebut akan dipos terus ke rumah anda.
Nota Penting Kaedah Outright Purchase:
- Kaedah ini sesuai kepada anda yang berkeinginan untuk membeli emas fizikal secara terus.
- Boleh dapatkan emas fizikal seperti 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg, 1dinar, 5dinar dan 10dinar dengan kaedah bayaran penuh.
- Terdapat caj Gold Premium yang sangat murah mengikut berat emas.
- Anda boleh mengunci tempahan emas melalui akaun Public Gold dan boleh membuat pembayaran penuh selewat- lewatnya 7 hari dari tarikh ditempah.
- Jika tiada pembayaran dibuat dalam masa 7 hari selepas tempah atau anda ingin membatalkan tempahan, maka anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.
- Setelah pembayaran selesai, emas akan di pos secara berinsuran bagi berat bawah 21.25 gram, manakala berat emas di atas 21.25 gram boleh dituntut di cawangan Public Gold yang berdekatan.
Klik pada tutorial di bawah untuk melihat langkah-langkah pembelian emas secara bayaran penuh ini.