Easy Payment Purchase (EPP) adalah kaedah dimana anda beli emas fizikal dengan 6 atau 10 kali bayaran. Kaedah ini sangat sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan.
Cara EPP ini, anda beli emas tapi bayar secara ansuran. Anda perlu bayar mengikut jadual yang telah ditetapkan (boleh pilih 6 atau 10 bulan bayaran).
Contoh di gambar bawah adalah beli emas 1 Dinar (berat 4.25gram) dengan 10 kali bayaran.
✅️ Bulan pertama : Anda perlu bayar RM247
✅️ Bulan kedua dan seterus nya : Anda perlu bayar RM208
Setelah anda selesai bayaran emas selama 10 bulan, Public Gold akan hantar emas anda melalui penghantaran berinsuran (caj RM10).
Empat jenis individu yang sesuai beli emas melalui kaedah EPP (Easy Payment Purchase)
1️⃣ Anda yang sukar menyimpan wang. Duit simpanan asyik ‘bocor’ tanpa sedar? Emas bantu anda simpan secara lebih berkesan!
2️⃣ Anda yang ada bajet kecil, tapi impikan emas fizikal yang lebih besar. Dengan EPP, anda boleh bayar secara ansuran bulanan yang fleksibel.
3️⃣ Anda yang ingin latih disiplin menyimpan. Bayaran bulanan EPP boleh dijadikan simpanan paksa untuk anda konsisten setiap bulan.
4️⃣ Anda yang nak simpan emas dengan tenang. Anda boleh ‘kunci’ harga emas hari ini dan teruskan bayaran ikut jadual, tanpa perlu risau turun naik harga di masa depan.
Klik pada tutorial di bawah untuk melihat langkah-langkah membuat pembelian secara EPP