Klik sini untuk daftar akaun Public Gold

Apa Itu Akaun Emas GAP?

Akaun Emas GAP atau Gold Accumulation Program ialah satu cara mudah dan fleksibel untuk membeli dan menyimpan emas secara sedikit demi sedikit — bermula serendah RM100 sahaja! Semua urusan boleh dilakukan secara online.

Bagaimana GAP Berfungsi?

Konsep GAP ini sama seperti akaun bank, tapi bezanya:
Akaun bank: simpan duit
Akaun emas GAP: simpan gram emas

Contohnya:

Jika anda beli emas bernilai RM481 hari ini, akaun GAP anda akan bertambah lebih kurang 1 gram (bergantung pada harga emas semasa).

 

Siapa Sesuai Guna GAP?

GAP sangat sesuai untuk:

✅ Mereka yang ada bajet kecil: RM100 – RM1000
✅ Tak mahu komitmen bulanan
✅ Mahu kumpul emas secara konsisten & mudah
✅ Belum bersedia simpan emas fizikal sendiri

 

Di Mana Emas Disimpan?

Jangan risau, emas yang anda beli disimpan dengan selamat oleh Public Gold secara percuma — tiada caj simpanan dikenakan! Bila anda dah bersedia, anda boleh keluarkan emas tersebut dalam bentuk goldbar atau dinar.

 

Patuh Syariah?

GAP adalah patuh syariah dan disahkan oleh Amanie Advisors pada 29 September 2017. Jadi, ia sesuai untuk semua — termasuk umat Islam yang mahukan pelaburan yang bersih dan halal.

 

Pembelian Gram Emas GAP

Harga emas GAP akan dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam.

Harga Emas GAP
Contohnya, pada 29 Mei 2025, harga 1 gram emas ialah RM481.

Ini bermakna, jika anda beli emas pada hari tersebut dengan RM481, anda akan dapat 1 gram emas. Kalau anda beli RM100, anda akan menerima lebih kurang 0.2079 gram.

Semua gram emas yang dibeli akan disimpan secara percuma oleh Public Gold dalam akaun GAP anda — tiada caj simpanan dikenakan.

Setiap kali anda membuat pembelian, jumlah gram akan terus bertambah dan terkumpul dalam akaun GAP anda.

Anda juga boleh semak baki simpanan emas anda bila-bila masa, melalui laman web atau aplikasi Public Gold.

Sebelum membeli anda dikehendaki mendaftar akan Public Gold. Ianya percuma sahaja.
Klik butang di bawah untuk pendaftaran.

Klik butang di bawah untuk melihat langkah-langkah pembelian gram emas di akaun emas GAP.

Kalau

Pengeluaran Emas Fizikal

Bila gram emas dah cukup, anda boleh pilih untuk keluarkan sebagai emas fizikal — atau simpan je dalam akaun, ikut keselesaan anda.

Pengeluaran emas yang berjumlah 21.25 gram atau 5 dinar ke bawah, Public Gold akan pos ke rumah secara berinsuran manakala jumlah emas yang melebih 21.25g, anda dikehendaki menetapkan janji temu dan mengambil emas tersebut di cawangan Public Gold pilihan anda.

 

 

 

 

20250526-500x500
Siti Rohaya Syed Hassan
( Kak Roy )
PG00374697

Saya merupakan Pembimbing Simpanan Emas berdaftar dengan Public Gold.

Saya sedia membantu anda memulakan langkah pertama dalam simpanan emas 

Artikel Terkini

FI_KambingV2
Kisah 1 Dinar: Nilainya Tidak Pernah Berubah
Bilakah Waktu Terbaik Simpan Emas
Bilakah Waktu Terbaik Simpan Emas?
Emas 1gm Durian Black Thorn
Durian Emas Black Thorn muncul pula
publicgold-hq
Kenali Public Gold
08054400017507599061gmMusangKingFront
Gold bar rare! Gold bar berbentuk durian!
FI_ProdukEmas
Produk Emas Public Gold

Nak Mulakan Simpanan Emas?

Klik link di bawah untuk mendaftar akaun Public Gold secara PERCUMA.