Klik sini untuk daftar akaun Public Gold

3 Cara Beli Emas di Public Gold

Kaedah menyimpan emas ini sangat mudah.  Ia bergantung kepada bajet yang ada pada setiap individu.

Sebagai contoh, ada orang yang mempunyai bajet RM100 setiap bulan.  Dan ada orang lain pula mempunyai bajet RM500 setiap bulan.  Peniaga pula ada yang mempunyai tunai RM100 ribu di tangan.

Oleh itu, strategi menyimpan emas adalah berbeza mengikut bajet masing-masing.

Di Public Gold,  ada 3 cara untuk membeli emas.

1.  Bayaran Secara Penuh (Outright Purchase)

Katakan harga emas Public Gold semasa  untuk 10gm adalah  RM4800.

Dengan cara ini, anda beli dan bayar penuh RM4800, anda akan dapat 10gram emas  dan emas ini akan diposkan ke rumah anda. Kemudian emas itu anda akan simpan sendiri di safe deposit atau di tempat yang selamat.

 

2. Bayaran Secara Easy Payment Purchase (EPP)

Cara kedua adalah bayaran secara EPP6/EPP10.  Apa maksud EPP?

EPP bermaksud Easy Payment Purchase.

EPP6, anda mempunyai pilihan untuk membayar ansuran 6 kali dalam masa 6 bulan.

Manakala EPP10, anda membuat bayaran ansuran 10 kali dalam masa 10 bulan.

Sebagai contoh, katakan harga emas 10gm adalah RM4800.

Anda tak mampu nak bayar secara penuh,  anda mempunyai pilihan untuk membayar RM4800 bahagi dengan 10 bulan.

Anda perlu membayar hanya RM480 selama 10 bulan.

Makin cepat anda bayar, makin cepat anda  akan dapat emas dari Public Gold.

Jadi semuanya bergantung kepada bajet anda.

 

3. Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Cara ketiga ini adalah cara yang paling popular. Ia dikenali sebagai akaun emas GAP.

GAP bermaksud Gold Accumulation Program ataupun dalam bahasa mudah simpan emas sikit-sikit.

Konsep akaun emas ini, anda kumpul gram emas sehingga capai matlamat anda.

Contoh anda kumpul 1 gram setiap bulan dan anda boleh keluarkan gold bar 10 gram dalam bentuk fizikal

Yang menariknya tentang akaun emas GAP ini, anda boleh bermula serendah RM100.

 

Kesimpulannya,  apa yang anda perlu faham disini adalah berapa bajet anda dan padankan dengan apa produk yang sesuai.

Anda mempunyai 3 pilihan :

  1. Membeli emas dengan bayaran penuh dan simpan emas sendiri
  2. Membeli emas secara syariah EPP6 atau EPP10 dimana bila habis bayar,  anda dapat emas dan simpan sendiri atau
  3. Membeli emas sedikit demi sedikit,  Public Gold simpankan secara percuma dan anda cuma perlu bayar caj premium semasa pengeluaran emas tersebut.
20250526-500x500
Siti Rohaya Syed Hassan
( Kak Roy )
PG00374697

Saya merupakan Pembimbing Simpanan Emas berdaftar dengan Public Gold.

Saya sedia membantu anda memulakan langkah pertama dalam simpanan emas 

Artikel Terkini

FI_KambingV2
Kisah 1 Dinar: Nilainya Tidak Pernah Berubah
Bilakah Waktu Terbaik Simpan Emas
Bilakah Waktu Terbaik Simpan Emas?
Emas 1gm Durian Black Thorn
Durian Emas Black Thorn muncul pula
publicgold-hq
Kenali Public Gold
08054400017507599061gmMusangKingFront
Gold bar rare! Gold bar berbentuk durian!
FI_ProdukEmas
Produk Emas Public Gold

Nak Mulakan Simpanan Emas?

Klik link di bawah untuk mendaftar akaun Public Gold secara PERCUMA.